I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM

Wednesday 2 September 2015

JEREBU dan KESIHATAN...

Tak senang duduk laa...dok bau asap jerebu ni..
Anak dah start batuk tiba-tiba... pelik..kenapa tiba-tiba pulak ni...

Pastu pagi ni, bukak tingkap rumah..pintu..sebab selalu memang bukak nak bagi udara masuk kan.. sekali??.. alamak... bau asap jerebu..

Terus jadi pening dan sakit tekak pulak...
Dah la kita ni tengah mengandung kan....eerrmmm... efek pada kesihatan juga tu..
Terus saya pergi tutup semua tingkap dan pintu kat rumah ni...duduklah dalam rumah ni, diam-diam..hihihihi...

Udara yang tak sihat untuk kita beraktiviti di luar sekarang niiii....

Jom nak kongsikan dengan anda...dan saya pun nak tahu juga..apakah KESAN JEREBU PADA KESIHATAN KITA....

Kesan jerebu  ke atas kesihatan dikaitkan pabila tahap paras IPU, status kualiti udara di sesuatu kawasan. Kalau semakin tinggi tahap IPU..maka semakin bertambahlah kesannya kepada kesihatan kita..

Macam yang dah saya katakan tadi... aktiviti luar perlu dielakkan buat masa keadaan berjerebu ini. Seiring juga dengan tabiat merokok, dan juga faktor umur, status kesihatan seseorang individu juga memberikan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan kita.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit
Errrmmm..nampaknya kesan kesihatan di atas, macam dah terjadi pada saya dan anak-anak ketika ini...huhuhuhuhu....

Ramai yang berisiko akan mendapat kesan kesihatan disebabkan JEREBU ini.. walau bagaimanapun, sekumpulan yang lebih tinggi risikonya adalah;
  • Kanak–kanak
  • Warga emas
  • Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  • Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  • Perokok
Nasib baik En Suami dah berhenti merokok sejak Oktober 2014 lepas..kalau tak??.. lagi lah sesak nafas saya dibuatnya...hihiih...

Nasihat saya, untuk mengurangkan kesan jerebu ni pada kesihatan kita ialah....
  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
  • Dapatkan nasihat perubatan.
  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
  • Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.

Anak ketiga saya, Nur Dini Imanina
dengan bentengan produk Shaklee
untuk mencegah JEREBU......


Macam saya dan keluarga, musim jerebu ni...saya amalkan PERFORMANCE DRINK (untuk menghidratkan badan, pemberi tenaga) dan juga NUTRIFERON (sebagai immune booster, mencegah daripada kesihatan menjadi lebih teruk...)
Moga kita sama-sama menjaga tahap kesihatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai hambaNYA.. ;)
Terima kasih kerana sudi membaca.sedikit sebanyak kita akan lebih menitikberatkan tahap berjaga-jaga dalam keadaan jerebu ini...


    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid


2 comments:

  1. Betul tu bila jerebu ni mmg kne minum air o bnyk,bknnye air bekarbonat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...bau asap jerebu ni...merimaskan prnafasan...
      cik na..jga kesihatan ye... ;)

      Delete

Back To Top