I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, 9 September 2015

KONSEP PUASA

Assalammualaikum semua...

PUASA??....
Apa yang anda faham tentang KONSEP PUASA??

Ø Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah dalam Islam, orang yang berpuasa juga dikehendaki:

a) meninggalkan semua perkara yang boleh membatalkan puasa,

b) meninggalkan perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, mencaci, menipu dan sebagainya.

Ø Dalam bahasa Arab, puasa disebut sebagai “as-Siam”, yang bermaksud menahan.

Ø Puasa Ramadan pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat pada malam hari.

Itu adalah pemahaman kita semua kan??.. konsep PUASA hanya digunakan untuk dalam jangka masa sebulan sahaja...
Tetapi sebenarnya KONSEP PUASA ni luas tau...dan perlu digunakan di dalam kehidupan seharian kita sehingga kita mati ..... ~>> "PUASA NAFSU"

>> PUASA DARI BERKATA-KATA YANG LAGHO
>> PUASA DARI BERKATA-BERKATA MELAWAN BALIK CAKAP ORANG
>> PUASA DARI SHOPPING MELEBIHI KEMAMPUAN



Inilah KONSEP PUASA dari sudut yang lain..
MENAHAN DIRI dari berkata-kata...melawan kata.. ;)



Peringatan juga buat saya yang tidak sempurna ni...
Muhasabah diri sendiri adalah lebih baik daripada kita cuba memuhasabahkan diri orang lain...
Salahkan diri sendiri dahulu, sebelum menyalahkan orang lain...

Sesungguhnya Allah menjadikan semua ini, berasbab.... atas kekhilafan kita yang dahulu...

Salam sayang;
Elly Khalid



Tuesday, 1 September 2015

Pegorbanan seorang IBU yang melahirkan...


Syahidkah Wanita yang Meninggal karena Melahirkan?
Pertanyaan:

Assalamu’alaikum.
Saya ingin tanya, kalau wanita melahirkan dan meninggal maka dia mati syahid kan ya? Tapi kalau melahirkannya secara caesar gimana? Apa tetap mati syahid?
Dari: Silvia

Jawaban:

Wa’alaikumussalam
Wanita yang meninggal karena anaknya, baik ketika anaknya masih di perutnya, atau ketika proses melahirkan, atau setelah melahirkan di masa nifas, semua kejadian ini menjadikan kematiannya sebagai syahid. Baik melahirkan normal atau dengan operasi caesar.

Berikut beberapa dalilnya,

1. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjenguknya ketika Ubadah sedang sakit. Di sela-sela itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya,

أتعلمون من الشهيد من أمتي ؟

“Tahukah kalian, siapa orang yang mati syahid di kalangan umatku?”

Ubadah menjawab: ‘Ya Rasulullah, merekalah orang yang sabar yang selalu mengharap pahala dari musibahnya.’

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengarahkan,

شهداء أمتي إذاً لقليل ، القتل في سبيل الله عز وجل شهادة ، والطاعون شهادة ، والغرق شهادة ، والبطن شهادة ، والنفساء يجرها ولدها بسرره إلى الجنة

Berarti orang yang mati syahid di kalangan umatku cuma sedikit. Orang yang mati berjihad di jalan Allah, syahid, orang yang mati karena Tha’un, syahid. Orang yang mati tenggelam, syahid. Orang yang mati karena sakit perut, syahid. Dan wanita yang mati karena nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju surga dengan tali pusarnya. (HR. Ahmad dalam musnadnya 15998. Syaikh Syuaib Al-Arnauth menilai hadis ini: Shahih li Ghairih).

2. Hadis dari Jabir bin Atik, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjenguk Abdullah bin Tsabit, ketika itu beliau sedang pingsan karena sakit. Di tengah-tengah itu, ada orang yang menyinggung masalah mati syahid. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Apa yang kalian anggap sebagai mati syahid?”

Merekapun menjawab, ‘Orang yang mati di jalan Allah.’ Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan pengarahan,

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

“Mati syahid ada 7 selain yang terbunuh di jalan Allah: Orang yang mati karena thaun, syahid. Orang yang mati tenggelam, syahid. Orang yang mati karena ada luka parah di dalam perutnya, syahid. Orang yang mati sakit perut, syahid. Orang yang mati terbakar, syahid. Orang yang mati karena tertimpa benda keras, syahid. Dan wanita yang mati, sementara ada janin dalam kandungannya.” (HR. Abu Daud 3111 dan dishahihkan al-Albani).

Tetap Wajib Dimandikan

Kaum muslimin yang meninggal dengan kondisi di atas, tetap wajib dimandikan, dikafani, dan dishalati, sebagaimana umumnya jenazah. Orang yang mati syahid dan jenazahnya tidak boleh dimandikan, adalah orang yang mati syahid di medan perang.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menshalati jenazah wanita yang mati ketika nifas. (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Qudamah mengatakan,

فأما الشهيد بغير قتل , كالمبطون , والمطعون , والغرق , وصاحب الهدم , والنفساء , فإنهم يغسلون , ويصلى عليهم ; لا نعلم فيه خلافا , إلا ما يحكى عن الحسن .. وقد صلى المسلمون على عمر وعلي رضي الله عنهما , وهما شهيدان

Orang yang mati syahid, selain yang terbunuh di medan perang, seperti orang yang sakit perut, orang yang mati karena thaun, karena tenggelam, tertimpa, atau yang mati karena nifas, mereka semua dimandikan dan dishalati. Saya tidak menjumpai pendapat yang bertentangan dengan hal ini, selain pendapat yang diriwakatkan dari Hasan Al-Bashri… kaum muslimin juga menshalati jenazah Amirul mukminin, Umar bin Kahatab dan Ali bin Abi Thalibradhiyallahu ‘anhuma, padahal keduanya mati syahid (tipi tidak di medan perang) (al-Mughni, 2:399)

Allahu a’lam

Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina www.KonsultasiSyariah.com)

Gambar hiasan dari Google...
Saat indah seorang ibu melahirkan anak yang sihat

Semoga bermanfaat untuk persoalan ini....
Terima kasih kerana sudi membaca...

Salam sayang;
Elly Khalid



Monday, 31 August 2015

Konsep syura menurut Islam

Islam memberi penekanan khusus sehingga sebuah surah diberi nama oleh Allah s.w.t. dengan perkataan 'Syura'. Surah ke-42 ini mengandungi 53 ayat, Makkiah. Ini bererti perintah melaksanakan syura oleh Allah s.w.t. telah bermula sebelum hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah lagi.

Syura merupakan istilah yang diperkenalkan oleh al-Quran. Secara ringkas ia membawa erti sebagai amalan bermesyuarat. Ia merupakan satu proses komunikasi yang mengandungi perbincangan, perundingan, percambahan fikiran, pengumpulan dan pertukaran maklumat, pengumpulan fakta dan data serta pengumpulan dan pertukaran pelbagai idea dari setiap sudut.

Intipati daripada saripati idea yang terbaik disimpulkan menjadi keputusan. Ia merupakan keputusan majoriti dan bersama untuk mencapai matlamat iaitu kebenaran. Keputusan itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan oleh setiap individu - bersama, menyeluruh dan bersepadu.



syura dalam islam
Mengamalkan syura bersama organisasi mahupun 
di dalam keluarga adalah amat digalakkan...


Di antara kebaikan dan kepentingan syura adalah:

* Memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan dan kebajikan semua.

* Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.

* Sepakatan idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada individu dan kumpulan kecil tertentu. Sesuatu isu, cabaran, halangan dan masalah itu dapat dilihat secara menyeluruh dari pelbagai sudut dan terperinci.

* Bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat sesuatu keputusan penting.

* Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Setiap individu memberikan sumbangan terbaik dari segi idea dan mereka bertanggungjawab pula untuk bertindak melaksanakan keputusan itu.

* Melahirkan tindakan bersepadu dalam pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui bersama.

* Menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu, profesionalisme dan kepakaran.

* Agen pembangunan diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Pembangunan bersepadu antara unsur kejasmanian dengan kejiwaan, individu dengan masyarakat, manusia dan alam, kebendaan dan kerohanian serta keduniaan dan keakhiratan.

* Memupuk dan memperkukuh persepakatan dan perpaduan atas dasar hormat menghormati, kasih mengasihi, muhibah dan persaudaraan (ukhuwah Islamiah).

* Organisasi mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada kakitangan. Negara pula mendapat kesetiaan dan pengorbanan daripada rakyatnya untuk menghadapi semua kemungkinan.

* Melahirkan keutuhan dan kestabilan organisasi dan negara dari segi pengurusan, politik, ekonomi dan sosial.

* Melahirkan kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian individu, keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan antarabangsa.

* Memperkukuhkan keutuhan, kestabilan dan kemajuan ummah selamanya.

* Mendapat keredaan Allah s.w.t.

Sementara itu, pengabaian syura membawa implikasi buruk seperti meluasnya konflik dan krisis di dalam keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan antarabangsa. Ia juga mengakibatkan perpecahan, perbalahan dan persengketaan, di samping melahirkan amalan autokrasi dan nepotisme yang akhirnya membawa kepada kemunduran keseluruhan dan kehancuran.

Kebaikan dan kepentingan syura dan implikasi buruk akibat pengabaiannya ada di dalam ilmu Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lantas mewajibkannya ke atas setiap umat Islam, contohnya:

Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (Surah asy-Syura: 42:43).

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk (berbuat sesuatu) maka bertakwalah kepada Allah. Kerana Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Ali Imran: 3:159).

Rasulullah s.a.w. memperkukuhkan lagi perintah Allah s.w.t. melalui as-Sunah, antaranya:

Orang yang beristikharah itu tidak pernah kecewa dan tidak seseorang yang bermesyuarat. (Diriwayatkan oleh At-Tabarini).

Barangsiapa menghendaki mengerjakan sesuatu lalu dia bermesyuarat dengan seorang Muslim yang lain maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk memilih yang baik baginya. (Al-Hadis).

Rasulullah s.a.w. sentiasa mengadakan perbincangan, perundingan, meminta pendapat dan pandangan serta bermesyuarat dengan para sahabat setiap kali sebelum melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar dan penting.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menghormati semua pendapat, pandangan dan cadangan para sahabat tanpa mengira kedudukan mereka. Contohnya, Baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali parit (Khandak) untuk menghadapi tentera kafir Mekah di dalam peperangan al-Ahzab atau Khandak.

Asas syura yang diperjuangkan oleh Islam adalah:

Keimanan: Ia menjadi asas amalan syura dalam Islam. Niat, cara dan amalan dalam syura mestilah berasaskan kepada keimanan iaitu untuk mendapat keredaan Allah s.w.t.

Persaudaraan: Hal ini penting bagi memastikan setiap ahli mesyuarat bertimbang rasa, hormat menghormati, kasih mengasihi, ihsan, bertanggungjawab dan mengutamakan perpaduan. Contohnya cadangan yang diketengahkan mestilah wajar dan munasabah berdasarkan kepada realiti semasa, bukan mengikut perasaan, emosi dan idealisme.

Adab: Syura mesti dilaksanakan dengan penuh akhlak, etika dan adab dari pengerusi hinggalah setiap ahli. Tanpa adab, mesyuarat menjadi medan sindiran, kutukan, melepas geram, pertengkaran, perbalahan dan sebagainya.

Sesungguhnya syura memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia ke arah kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan sejagat.

Perkongsian penulisan;
Oleh: DR. MUSTAFA DAUD
Dr. Mustafa Daud ialah Profesor Madya di Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Catitan: Semoga kita boleh mengaplikasikan sistem syura ini di dalam kehidupan kita seharian..khasnya di dalam sistem kekeluargaan... betulkan dari diri sendiri, keluarga sendiri dahulu... in shaa allah...

Salam sayang;
Elly Khalid


Wednesday, 26 August 2015

34 TIPS PARENTING

TIPS DIPETIK DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH YANG DISERTAI OLEH AHLI PERSATUAN KAKITANGAN ISLAM JOHOR PADA 20.02.2010

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-; 
· Sebelum tidur 
· Semasa tidur 
· Selepas tidur 
· Selepas riadah 
· Selepas solat 
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi).


tips parenting
Anak-anak saya, harta yang dipinjamkan sementara...
Amanah Allah untuk kami membentuknya...

Moga dengan perkongsian ini, memberi manfaat pada semua ibu/ayah. Perkongsian ini juga sebagai ingatan dan muhasabah diri untuk kami (suami/isteri) yang masih serba kekurangan...

Masih dalam proses ISLAH ke arah membentuk keluarga yang bahagia, harmoni di sisi Allah..
in shaa allah...





Tuesday, 18 August 2015

HIDUP BERSANGKA-SANGKA

Assalammualaikum,
Apa khabar pembaca Superbgojes.....

Saya harapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat...alhamdulillah...
Nafas kita ni pinjaman sementara daripada Allah...tidak kekal..
Anak, suami, ibu, ayah, adik, kakak, abang, duit, rumah, kereta, emas, segalanya yang kita miliki sekarang...semuanya PINJAMAN...

YANG KEKAL??..
HANYALAH ALLAH swt...

Kehidupan...oh kehidupan..
pelbagai ragam, perangai, sikap, tabiat manusia..

Sebagai seorang hamba kepada-NYA...apa yang perlu kita buat sebagai seorang umat Islam??..
ALLAH minta satu jek kan...IKUT PERINTAHnya...TINGGALkan apa yang DILARANG..

Realiti zaman ini, penuh dengan HIDUP YANG BERSANGKA-SANGKA...

"eh, dia tu pakai kereta besar laa..mesti banyak duit kan...mesti kaya tuuu...mesti best kan dapat jadi kaya??.. dapat pakai kereta besar..."
(padahal dalam otak orang tu dok pening kepala, banyak ni aku nak bayar hutang..credit card, bayaran bulanan kereta, rumah...etc...)

"eh, dia tak keje ke???.. dia surirumah, suami dia keje sorang..cukup ke makan pakai??.. cukup ke nak bayar duit bil api, air, makan anak, sekolah sume2 tu??.."
(padahal, bahagia je family tu..makan/minum serba cukup..kenyang alhamdulillah, anak riang gembira, suami gembira sebab isteri dapat masakkan setiap hari...)

"eh, dia ni...pandang2 aku apsal??.. haaa..ngutuk aku laa tuuu..."
(padahal..orang tu juling air...sebenarnya tak pandang dia pun...hihiihih)

"apsal dia ni...status fb dia tu mcm perli aku jekkkk... sabar jelaa.."
(padahal, org tu membuat muhasabah diri sendiri, ingatan buat diri sendiri..tak niat pun nak perli sesiapa... errmmm.. ibarat kata pepatah, "siapa makan cili, dialah rasa pedasnya..")

"ooooo...dia tu ada dua bini laa.. yelaa, mentang2 lah dah kaya...mulalah nak pikir kawen.."
(padahal, org tu da lama kawen...tapi tak de anak dengan isteri pertama..isteri pertama izinkan untuk kawen lagi satu...)

"eerrmmm...post fb dia tu...sikit-sikit keluar hadis..sikit-sikit keluar ayat Al-quran.., nak tunjuk baik laa tu..."
(padahal dia sebenarnya, nak share sahaja..ingatan bersama dan juga ingatan untuk diri dia sendiri...apa yang dia tahu..apa yang dia belajar..)

errmmm...macam2 lagi lah sangkaan yang suka kita buat.,,,,kan??
kadang-kadang manusia ni tak terlepas dari bersangka-sangka...ingatan juga pada diri saya sendiri...

Tu sebab, saya lebih suka BERPUASA...hihihii..
PUASA dari berkata-kata...
lebih baik DIAM...daripada banyak cakap..benda-benda yang lagho dan sebagainya..

Jom saya nak bawa kalian kepada surah (17) Al-Isra'; ayat 36.

Surah (17) Al-Isra'; ayat 36
Bolehlah buka tafsir Al-quran kejap...
tu Al-quran saya..Al-quran per kata.. setiap ayat ada maksudnya..senang nak faham jalan ceritanya.. ;)

Saya ambil harfiyahnya...
Kalau ikutkan di tafsiran tepi tu, tak sama dengan harfiyah ayatnya.. cuba baca di poster saya harfiyahnya...

Ermmm..sebelum nak bersangka-sangka..inilah kaitan ayatnya...Saya tak pandai sangat nak ulas lanjut...tapi yang saya faham...apa yang kita sangka-sangka tu... semuanya tu akan dipohon untuk dipertanggungjawabkan semasa di sana...

Ok, next....saya nak bawa anda sekalian, merujuk kepada Surah (10) Yunus, ayat 36...;

Surah (10) Yunus; ayat 36

Jadi..apa yang kita sangka-sangka tu..errmmm...hati-hati ye....sesungguhnya hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI dengan apa yang mereka kerjakan.....

Sangka-sangka tu perbuatan SYAITAN...huhuuh....
Syaitan / iblis...suka sangat nak pujuk kita ni kan... sobs...sobss...sobs..

Surah (2) Al-Baqarah; ayat 34:
Harfiyah:
"Dan ingatlah tatkala kami berfirman kepada para malaikat
tunduk dan hormatlah kalian kepada Adam,
maka para malaikat menghormat kecuali 
iblis (bapa jin) ia menolak (bersujud kepada Adam)
dan ia menyombongkan diri dan menjadi 
bagian dari orang-orang kafir/ingkar."

Syaitan/Iblis menolak 1 ayat dalam Al-quran...
Tetapi kita sebagai hamba-NYA?? Menolak berapa ayat dalam Al-Quran??..
Al-Quran mempunyai 6236 ayat, iaitu ayat "PERINTAH"...
errmmm...terduduk sekejap baca penolakan syaitan/iblis ni...

Berikutan ayat (17;36) dan (10;36), PERINGATAN ALLAH kepada SANGKA-SANGKA...
Rujuk pula Surah (54) Al-Qamar; ayat 17, 22, 32 dan 40.


"Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran 
untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu
mengambil pelajaran?"


Allah beberapa kali mengulangi ayat ini di dalam surah Al-Qamar ini...sebagai PERINGATAN...

Banyak betul peringatan ALLAH dalam surat cintaNYA... Tapi kita sahaja yang kadang terlalai, alpa nak merujuk panduan pegangan AL-Quran ni..

Saya dalam proses beringat-ingat, bermuhasabah diri, dan ingin melakukan ISLAH bersama keluarga saya...
Bersama-samalah kita mengislahkan diri kita untuk menempah kejayaan ke syurga..
IN SHAA ALLAH....aamiin...

(jika artikel saya ada terkurang, terkasar bahasa, saya pohon maaf..saya budak baru belajar..kalau salah, minta tolong perbetulkan...
Niat saya...cuma nak sampaikan ayat-ayat Al-Quran, yang mana berkaitan dengan "SANGKA-SANGKA" ni..)

Ingatan bersama daripada saya...
Elly Khalid




Emel: syamelly29@gmail.com



Back To Top