I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM

Sunday, 20 September 2015

Berapakah Jumlah Kalori Yang Anda Perlukan atau Gunakan Dalam Sehari?


Berapa banyak kalori yang anda perlukan biasanya ditentukan melalui jenis pekerjaan yang anda lakukan, umur dan jantina anda. Jika anda bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga dan aktif seperti buruh, petani, ahli sukan dan sebagainya, anda perlukan mengambil makanan yang banyak kalori.

Manakala jika pekerjaan anda memerlukan penggunaan tenaga yang sederhana, perlu bergerak dan banyak berdiri seperti guru, pengambilan kalori agak kurang jika dibandingkan dengan kumpulan yang sebelum ini. Dan jika kehidupan harian ataupun pekerjaan anda memang tidak memerlukan banyak bergerak dan sering duduk sahaja seperti bekerja di pejabat, anda memerlukan pengambilan kalori yang sedikit.

Bagi memudahkan anda mengira berapa banyak kalori yang diperlukan / gunakan, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah sebagai panduan jumlah kalori yang anda perlukan.

Kategori Umur Keperluan Kalori Dalam Sehari

Kanak-kanak Lelaki
7-9 tahun >> 1780
10-12 tahun >> 2180

Kanak-kanak Perempuan
7-9 tahun >> 1590
10-12 tahun >> 1990

Remaja Lelaki
13-15 tahun >> 2690
16-18 tahun >> 2840

Remaja Perempuan
13-15 tahun >> 2180
16-18 tahun >> 2050

Lelaki Dewasa
19-29 tahun >> 2440
30-59 tahun >> 2460
Lebih 60 tahun >> 2010

Perempuan Dewasa
19-29 tahun >> 2000
30-59 tahun >> 2180
Lebih 60 tahun >> 1780

Ibu Mengandung
3 Bualan Pertama >> 0
4-6 Bulan >> 360
7-9 Bulan >> 470

Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi
6 Bulan Pertama >> 500
Selepas 6 Bulan >> Keperluan tenaga bergantung kepada jumlah susu ibu yang dihasilkan

Jadual : Jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari mengikut Jantina dan Usia


Suami saya, memang memerlukan jumlah kalori yang tinggi...
kerana dia memang sukakan aktiviti luar, memancing di laut, masuk hutan.


Bagi jumlah kalori yang dicadangkan, anggaran tersebut tidak dicampur dengan aktiviti fizikal harian anda. Ia merupakan anggaran bagi individu normal. Jika anda seorang yang aktif, jumlah kalori yang diperlukan mungkin akan bertambah. Sebaliknya, jika anda tidak aktif, penggunaan kalori akan berkurangan.

Bagi ibu yang sedang mengandung, jumlah kalori tersebut perlu dijumlahkan bersama. Sebagai contoh, seorang ibu yang berumur 26 tahun sedang mengandung 4 bulan. Anggaran jumlah kalori yang diperlukan adalah 2,360 kcal. Ini adalah berdasarkan kepada 2,000 kcal (Perempuan dewasa 19-29 tahun) ditambah 360 kcal (Ibu mengandung 4-6 bulan).

Ianya sama juga bagi ibu yang sedang menyusukan bayi. Bagi ibu yang menyusukan bayi selepas 6 bulan, jumlah kalori yang diperlukan hendaklah ditambah (500 kcal atau kurang) berdasarkan jumlah susu ibu yang dihasilkan.

Selain daripada jadual di atas, anda juga boleh mengetahui sendiri anggaran kalori harian yang diperlukan melalui laman web http://www.acaloriecalculator.com . Kaedah pengiraan kalori yang terdapat pada laman web tersebut mungkin lebih tepat lagi jika dibandingkan jadual di atas.

Semoga bermanfaat..dan bolehlah mengira jumlah kalori sebenar yang anda perlukan melalui laman web di atas.


    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid

No comments:

Post a Comment