I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM

Thursday 8 January 2015

KERABU TERUNG BAKAR ~ RESIPI TURUN TEMURUN ARWAH ATOK

Assalammualaikum,

Apa menu anda hari ini?

Saya nak kongsikan resipi turun-temurun dari arwah atok saya ni...

Kebetulan, suami saya baru balik dari Istanbul/Umrah ~Trip Shaklee 5 Bintang, yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee pada 2 Januari 2015 yang lepas.

Suami request saya memasakkan lauk kerabu terung bakar dan juga daging salai. Heheheh, saya ni orang Negeri Sembilan. Jadi, memang lauk-lauk ini adalah menu wajib untuk kami. 

Ok, hari ini saya nak kongsikan resipi turun-temurun ni..memang nampak macam pelik, ada yang tak pernah jumpa mahupun pengalaman sendiri menikmati juadah ini. 

Bahan-bahannya:

Terung panjang yang warna purple tu (2 biji, boleh la untuk 2 orang makan)
2 ulas Bawang merah
2 biji limau nipis
5 biji cili padi
Santan
Garam

Nampak senang je bahannya kan?

ok, kita pergi kepada prosesnya pula..



1) Bakarkan terung tersebut di atas api. Kena perhatikan ye, balik-balikkan terung tersebut sehingga bakar keseluruhannya. Ini untuk memastikan bahawa terung masak keseluruhannya.




Inilah rupanya terung tadi setelah selesai dibakar di atas api. Hitam kan? Tapi orang kata, hitam itu menawan...hihihihih...




2) Siatkan kulit terung yang hitam tersebut. Bab ni kena dalam kesabaran yang tinggi sikit. Sebab bab ni yang akan memakan masa yang agak lama, kena teliti menyiatnya. Sabar-sabar naaa... nanti baru tahu,,,sedap pasti nak lagi!!! 




3) Setelah siap disiatkan kulit terung yang hitam tadi, potong terung tersebut kecil-kecil begini.




4) Potong halus-halus terung tadi, memudahkan untuk kita makan.




5) Potong halus-halus bawah merah dan cili api. Letakkan santan sedikit dan jika pekat, tambahkan sedikit air masak. Perahkan limau nipis tersebut. Dan sedikit garam. Tadaaa.. hidangan siap untuk dijamah!!!...

Prosesnya agak renyah sedikit..tapi?? Tapi rasanya sangat MARVELOUS!! 

Nak tengok bagaimana excited nya suami dan sepupu saya??.. Suami tidak keseorang pergi trip tu, turut disertai bersama sepupu dan pak ngah saya. Kami sepupu sepapat buat Shaklee betul-betul bersungguh, dapatlah bagi peluang pada insan tersayang tiket free ni. Best kan? Dapat gembirakan mereka... Selama 12 hari merantau ke Istanbul /Madinah/Mekah.. tak jumpa nasi putih, tak jumpa lauk Negeri Sembilan...
haaa..apa lagi?.. bertambah-tambah nasi.. suatu kepuasan untuk saya melihat kenikmatan yang mereka rasai. 

Alhamdulillah dengan nikmat Allah ini, team Shaklee Malaysia selamat sampai di bumi Malaysia selepasa selesai menunaikan ibadah Umrah Ziarah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Management.



Sepupu kiri, suami berbaju belang. Masing-masing dah botak. Hihihihi... hidangan lauk malam tu, Daging Salai + belimbing buluh + terung cina, Kerabu Terung Bakar, Gulai Labu, Ikan Kembong Goreng dan tak dilupakan ulam petai.

Ok, selamat mencuba!!!

Nanti kalau dah cuba, postkan review anda kat sini ye??.. mesti kawan-kawan yang lain terliur... hihihii...

ELEGANT LADY;
Founder Elegant Millionaire Castle (EMC)
ELLY @ Mommy Elle
Pengedar Shaklee

6 comments:

  1. Kena cuba ni.. rsa nak pi cari terung laa ni gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul dah cuba, hehehe...yummy2..

      Delete
    2. zura, haaa..p cari naa... hihiihihih....ramai yg dah try..

      Delete
    3. tq nurul..yummeh???.. haaa... terbaikkkk!!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. menjadi..tp santan tu masak
    .k.elly tak masak santan tu kan
    ....

    ReplyDelete

Back To Top