I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM

Thursday, 20 August 2015

ATASI KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nylon. Pakaian seperti ini, panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

PETUA MENGHILANGKAN KEPUTIHAN KETIKA HAMIL DARIPADA SHAKLEE

Produk yang sinonim untuk menghilangkan situasi keputihan di kalangan wanita adalah Alfafa Complex digabungkan bersama Garlic Complex. Tetapi, sewaktu hamil ini, Alfafa Complex tidak digalakkan diambil oleh ibu hamil.

Ibu hamil hanya boleh mengambil Garlic Complex sebagai cara alternatif yang terbaik dan selamat untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan, dalam mengurangkan situasi keputihan tersebut. Secara tak langsung, ia boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Bawang putih (garlic) terkenal sebagai agen anti kulat yang mampu membasmi kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans.

Garlic Complex membantu menghilangkan keputihan ketika hamil
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda yang tertanya-tanya tentang produk Shaklee yang sesuai..

Anda mempunyai situasi sebegini ketika hamil?
Boleh terus menghubungi saya untuk mendapatkan info lanjut.

Terima kasih kerana sudi membaca.


    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid











No comments:

Post a Comment

Back To Top