I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM

Monday 31 August 2015

Konsep syura menurut Islam

Islam memberi penekanan khusus sehingga sebuah surah diberi nama oleh Allah s.w.t. dengan perkataan 'Syura'. Surah ke-42 ini mengandungi 53 ayat, Makkiah. Ini bererti perintah melaksanakan syura oleh Allah s.w.t. telah bermula sebelum hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah lagi.

Syura merupakan istilah yang diperkenalkan oleh al-Quran. Secara ringkas ia membawa erti sebagai amalan bermesyuarat. Ia merupakan satu proses komunikasi yang mengandungi perbincangan, perundingan, percambahan fikiran, pengumpulan dan pertukaran maklumat, pengumpulan fakta dan data serta pengumpulan dan pertukaran pelbagai idea dari setiap sudut.

Intipati daripada saripati idea yang terbaik disimpulkan menjadi keputusan. Ia merupakan keputusan majoriti dan bersama untuk mencapai matlamat iaitu kebenaran. Keputusan itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan oleh setiap individu - bersama, menyeluruh dan bersepadu.



syura dalam islam
Mengamalkan syura bersama organisasi mahupun 
di dalam keluarga adalah amat digalakkan...


Di antara kebaikan dan kepentingan syura adalah:

* Memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan dan kebajikan semua.

* Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.

* Sepakatan idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada individu dan kumpulan kecil tertentu. Sesuatu isu, cabaran, halangan dan masalah itu dapat dilihat secara menyeluruh dari pelbagai sudut dan terperinci.

* Bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat sesuatu keputusan penting.

* Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Setiap individu memberikan sumbangan terbaik dari segi idea dan mereka bertanggungjawab pula untuk bertindak melaksanakan keputusan itu.

* Melahirkan tindakan bersepadu dalam pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui bersama.

* Menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu, profesionalisme dan kepakaran.

* Agen pembangunan diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Pembangunan bersepadu antara unsur kejasmanian dengan kejiwaan, individu dengan masyarakat, manusia dan alam, kebendaan dan kerohanian serta keduniaan dan keakhiratan.

* Memupuk dan memperkukuh persepakatan dan perpaduan atas dasar hormat menghormati, kasih mengasihi, muhibah dan persaudaraan (ukhuwah Islamiah).

* Organisasi mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada kakitangan. Negara pula mendapat kesetiaan dan pengorbanan daripada rakyatnya untuk menghadapi semua kemungkinan.

* Melahirkan keutuhan dan kestabilan organisasi dan negara dari segi pengurusan, politik, ekonomi dan sosial.

* Melahirkan kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian individu, keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan antarabangsa.

* Memperkukuhkan keutuhan, kestabilan dan kemajuan ummah selamanya.

* Mendapat keredaan Allah s.w.t.

Sementara itu, pengabaian syura membawa implikasi buruk seperti meluasnya konflik dan krisis di dalam keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan antarabangsa. Ia juga mengakibatkan perpecahan, perbalahan dan persengketaan, di samping melahirkan amalan autokrasi dan nepotisme yang akhirnya membawa kepada kemunduran keseluruhan dan kehancuran.

Kebaikan dan kepentingan syura dan implikasi buruk akibat pengabaiannya ada di dalam ilmu Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lantas mewajibkannya ke atas setiap umat Islam, contohnya:

Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (Surah asy-Syura: 42:43).

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk (berbuat sesuatu) maka bertakwalah kepada Allah. Kerana Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Ali Imran: 3:159).

Rasulullah s.a.w. memperkukuhkan lagi perintah Allah s.w.t. melalui as-Sunah, antaranya:

Orang yang beristikharah itu tidak pernah kecewa dan tidak seseorang yang bermesyuarat. (Diriwayatkan oleh At-Tabarini).

Barangsiapa menghendaki mengerjakan sesuatu lalu dia bermesyuarat dengan seorang Muslim yang lain maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk memilih yang baik baginya. (Al-Hadis).

Rasulullah s.a.w. sentiasa mengadakan perbincangan, perundingan, meminta pendapat dan pandangan serta bermesyuarat dengan para sahabat setiap kali sebelum melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar dan penting.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menghormati semua pendapat, pandangan dan cadangan para sahabat tanpa mengira kedudukan mereka. Contohnya, Baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali parit (Khandak) untuk menghadapi tentera kafir Mekah di dalam peperangan al-Ahzab atau Khandak.

Asas syura yang diperjuangkan oleh Islam adalah:

Keimanan: Ia menjadi asas amalan syura dalam Islam. Niat, cara dan amalan dalam syura mestilah berasaskan kepada keimanan iaitu untuk mendapat keredaan Allah s.w.t.

Persaudaraan: Hal ini penting bagi memastikan setiap ahli mesyuarat bertimbang rasa, hormat menghormati, kasih mengasihi, ihsan, bertanggungjawab dan mengutamakan perpaduan. Contohnya cadangan yang diketengahkan mestilah wajar dan munasabah berdasarkan kepada realiti semasa, bukan mengikut perasaan, emosi dan idealisme.

Adab: Syura mesti dilaksanakan dengan penuh akhlak, etika dan adab dari pengerusi hinggalah setiap ahli. Tanpa adab, mesyuarat menjadi medan sindiran, kutukan, melepas geram, pertengkaran, perbalahan dan sebagainya.

Sesungguhnya syura memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia ke arah kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan sejagat.

Perkongsian penulisan;
Oleh: DR. MUSTAFA DAUD
Dr. Mustafa Daud ialah Profesor Madya di Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Catitan: Semoga kita boleh mengaplikasikan sistem syura ini di dalam kehidupan kita seharian..khasnya di dalam sistem kekeluargaan... betulkan dari diri sendiri, keluarga sendiri dahulu... in shaa allah...

Salam sayang;
Elly Khalid


Sunday 30 August 2015

KULIT BERKEDUT? WRINKLES?

NAK TAHU?

Antioksidan seperti Vitamin C boleh membantu anda untuk menjaga kulit agar kelihatan lebih muda.

Kajian mendapati, jika anda memakan banyak sayuran hijau dan kuning, ianya adalah makanan yang terbaik untuk mengurangkan kedutan.


Jom amalkan pemakanan sayuran kuning dan hijau sekarang!!

Saya? Consume suplemen Vitamin C je, sehari 3- 6 biji.....masih belum terlewat untuk kelihatan awet muda pabila usia sudah menginjak 30an ni...

Dapatkan info sihat dan cantik daripada Elly, pakar KECANTIKAN & KESIHATAN anda!!


    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid

Saturday 29 August 2015

MEMANCING DENGAN BERTENAGA

Gambar: My Bff, teman sekerja, teman bermanja, teman bersenda.. suamiku yang sangat addicted dengan "Fishing"!!

Menaiki bot untuk memulakan agendanya...

Dah dapat suami hobi gini, saya kena banyak sabar..huhuh..kerap juga dia mengikuti trip dan ada juga untuk shooting majalah pancing... ;)

Dulu..sebelum kenal SHAKLEE, suami harapkan pada Air Asam Boi untuk elakkan rasa loya, angin di tengah lautan...

Tapi, sejak isterinya ni dah jadi Pengedar Shaklee yang tegar...maka saya sentiasa pastikan bekalan satu tong "Performance Drink" untuknya..


APA ITU PERFORMANCE DRINK

ORANG SEKARANG hanya tahu minuman isotonik (sport drinks) untuk PEMBERI TENAGA & HIDRATKAN BADAN...di mana ianya berkarbonat (bergas) dan mengandungi gula berlebihan.

Anda sudah penat dengan minuman isotonik tidak sihat yang berlebihan gula & berkarbonat?

Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!

Saya syorkan untuk keperluan anda sekeluarga!! Kenapa ye?
Untuk suami, anak-anak supaya kekal bertenaga, aktif dan ceria!!

SIAPA YANG SESUAI

√ Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).

√ Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.

√ Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.

√ Para pesakit yang menghidap gout.

√ Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.

√ Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.

√ Anak-anak yang demam.

√ Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.

√ Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
(bahaya selalu minum isotonik bergas ni..lama-lama boleh menghidap penyakit diabetes pula dek kandungan gula yang berlebihan)

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?

> Bebas gas atau tidak berkarbonat.

> Kurang kandungan gula (less sugar).

> Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!

> Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mancing sehari setengah..hari pertama dapat 12 ekor ikan tenggiri, 7 ekor ikan layaran...18 kali lucut. Nak dapatkan tenggiri, suami menggunakan kaedah TROLLING..'sailfish' (layaran) pula menggunakan kaedah DRIFTING...
(errmmm, hanya pemancig je yang tau term-term ni...hihihihi)....

Mancing hari kedua, setengah hari je dapat mancing, sebab ribut melanda.. tapi dapat juga hasilnya...Tenggiri 8 ekor, Sailfish pun dapat 8 ekor jugak!!>.

Purata berat tenggiri 4-8kg...
Sailfish berat antara 45-85kg... errmmm berat kan??.. macam berat saya.. 46kg...hahaha.. idok ler berat saya 85kg tu haaa... hihiihih...



Sebelum, semasa dan selepas berjuang untuk mendapatkan hasil..
minuman Performance Drink sentiasa bersama.. ;)

Yeay!!..Ikan tenggiri fresh weh.. sedap betul dapat makan ikan fresh niii...

Suami bersama Ikan Layaran yang ditangkap olehnya (Sail Fish)
bukan selfish/selfie ye..hahaha.. semasa trip di Pekan, Pahang..
Ikan ni tak boleh dibawa balik.. siapa yang dapat naik ikan ni..
dah dapat INTERNATIONAL LICENSE..


APA KOMEN ENCIK SUAMI pabila pulang sebagai "NELAYAN"... (hihihi)...

katanya, "Abang minum air Performance ni..rasa tenaga tu lebih!! dulu tak penat!! kalau dulu 'jigging' 150m tak larat, pastu mesti terduduk sebab kepenatan badan dan tangan..tapi pas pekena air PD (Performance Drink).. selamba je nak tarik joran tu!!.."

ohohoh!!.. Gang trip hairan tengok "performance" suami yang agak SUPERB LUAR BIASA!!.. mulalah mereka bertanyakan rahsia..

Tentulah "PERFORMANCE DRINK" menjadi pilihan!!...
bekalan satu tong yang dibawa HABIS LICIN bila mereka pun nak merasai kehebatan penangan air ini!!.. yela..masing-masing nak jugak naikkan ikan-ikan yang besar-besar..


Jom bancuh sekarang!!..

hahaha..So para pemancing di luar sana??.. nak tiru macam En suami?? ke nak join pergi trip bersama??..hihihi..tiap bulan, ada je agenda dia dengan geng fishing dia...

oklaa..macam terliur pulak tengok gambar En Suami tengah bancuh tu..nak minum jap la..
terima kasih kerana sudi membaca... errrmmm...ni pengalaman suami saya sendiri tau... hihihi... so memang cerita dari hati sungguh nih... ;)

    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid

LEMAK TERKUMPUL DI BADAN ANDA?

Anda menghadapi situasi "BAJU MENGECIL"???
huhuh...tanda-tanda sudah nampak supaya anda mulakan langkah awal dari sekarang!!

Lemak terkumpul membuatkan otot kita jadi GELEBER kiri kanan, depan belakang... 
Pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik.

Menurutnya, lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.

Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

1. Mati awal (disebabkan penyakit)

# Diabetes

# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

# Strok.

# Gangren.

# Tekanan darah tinggi.

# Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

# Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

# Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.

2. Menjalani kehidupan yang menyakitkan

# Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

# Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

# Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

# Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

# Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

# Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.

3. Kesan psikologi

# Resah dan gelisah.

# Tertekan dan murung

Anda dalam kumpulan 1, 2 atau 3??.. 



Bukan orang yang mempunyai berat berlebihan sahaja yang mengumpul lemak..
tetapi ada juga orang yang kurus mengumpul lemak juga..
kalau perempuan.. (part perut laaa..hihihiih)


HAPUSKAN LEMAK DEGIL SEKARANG sebelum TERLEWAT DAN MUDARAT!!

Sayangi diri anda dan juga orang keliling anda!! Mereka masih perlukan anda di sisi...
Kepakaran saya adalah menyelesaikan situasi orang keliling saya yang mempunyai masalah kesihatan dan kecantikan luar/dalam.

HARGAILAH KESIHATAN..dan NYAWA anda!!



    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid


Friday 28 August 2015

KULIT MELECUR AKIBAT MINYAK PANAS

SUAMIKU DENGAN MINYAK PANAS......

huhuh..
Akibat rajin di dapur..En suami menggoreng keropok lekor.... hajat hati nak goreng untuk dijamukan buat anak-anak dan isteri ni haaa...
Masa dia menggoreng tu...saya  tengah menyiapkan anak-anak, baru lepas mandi...

Sekali dengar bunyi meletup dan jeritan En. suami... 
"Addooooiii... allahuakbar!!!...aduhhh...aduhhh..sakit...sakitt...."

Berlarilah saya dari pintu toilet.. (tengah lap anak-anak masa tuu...), ke dapur...
Ya Allah...cepat-cepat saya matikan api kuali tu... suami saya masa tu tutup muka dia..so kalut  laa masa tu...Berlari pulak pergi toilet, ambil Basic H... tuang dan lumurkan kat bahagian yang terkena percikan minyak panas tadi... saya tanya..mana lagi terasa sakit??.. saya lumurkan..., ada lah jugak terkena kat tangan, jarinya,,,

Bila dah kering BASIC H tu...saya sapukan HERBAL BLEND pulak..(sejenis multipurpose krim)..
Habis muka suamiku..boleh dikatakan satu muka tu laa kena.. paling banyak..kat kelopak mata...
huh!!..direct sungguh percikan panahan minyak panas tu kena kat muka suami saya.. sian dia tau.. 

Saya pimpin..bawak suami naik ke atas..baring...dan kipaskan muka dia tu..pasang aircond bilik..bagi rasa sejuk..saya pujuk dia.. 
"Sabar bang... sikit je ni kan... nanti dekat akhirat nanti lagi pedih, seksa..panas..sakit... istigfar ye bang...selawat..."

Suami angguk-angguk kepala...mata pejam,,, sambil mulut kumat kamit berzikir... sedih saya tengok dia masa tu..huhuuuh...

Esok pagi bangun..cepat betul kesan pengeringan luka tu...nampak la hitam sana sini..errmmm.. rupa-rupanya kat bawah bibir (celahan janggutnya), ada juga terkena..tapi saya tak perasan masa tu..


TESTIMONI KULIT MELECUR
Suami ku... Hari pertama tu..saya snap sejurus saya lumurkan
BASIC H... dan juga sapukan dengan HERBAL BLEND...

Setiap hari, suami pakai set Skincare NUTRIWHITE SHAKLEE..saya memang pakai satu set..
Suami, dia suka pakai pencuci muka jek.. yang lain-lain..errmmm...
so, bila dah keadaan macam ni..setiap malam la, sebelum tidur saya akan tepekkan skincare NUTRIWHITE pada wajah suami...

Alhamdulillah....hari demi hari....keadaan kulit yang melecur tu..(kupingan kudis), cepat betul terkopek sendiri..  dan yang paling lambat nak hilang kesan..adalah yang di bawah bibir tu... (tengok gambar Day 6 tuuu...), tu je lah yang tinggal..celahan janggut pun ada terkena percikan minyak panas tu...lambat nak hilang..sebab masa kalut tu saya tak perasan nak lumurkan dengan BASIC H dan HERBAL BLEND....

Disamping itu, saya juga buatkan masker untuk suami..
>> Sesudu ESP
>> 1 biji Vit E
>> 1 biji Alfafa
>> Secubit Collagen Powder

Hasilnya??.. hehe..suami cukup teruja dengan kelembutan dan kecerahan...
Dua hari lepas tu ada orang menegur suami saya...

"Bang, nampak putih laa..abang makan apa?"
Suami lantas jawab, " Abang makan Shaklee la..nak macam abang gak ke? Meh call abang...."

Hahahha..bila suami sendiri dah teruja... jadi iklan bergerak pulak!!..

Errrmmm..sejak daripada kes ni... haishhh..suami seakan fobia nak goreng keropok lekor tu.. hihihihi... saya pun pernah gak terkena sebelum tu..tapi kat tangan je.. 
Suami kata..
"Yang, pasni tak yah lah kita goreng..kita beli je laaa.. abang tak nak muka sayang pulak terkena minyak panas ni..biar muka abang..jangan muka sayang..."
~ huhuuuhuh.... sobs...sobs..sobss... ;)

Memang selepas kejadian, kami cukup berhati-hati masa memasak.. hihihii..tapi idokler sampai kami pakai helmet... hahahah.. cuma beringat sahaja... ;)

Haaa,,,,,kalau sesiapa ada terkena kejadian seperti ini..melecur...meh contact saya...
Tips kecantikan dan aturan makan set Shaklee akan diberikan secara esklusif kepada anda pelanggan saya...sudah pastinya!!!...



    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid

10 Tips Kejayaan Bekerja dari Rumah

Tips dari  Coach Bahar @ Baharuddin Mohamed

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?. Di US perkara ini telah berlaku lebih 10 tahun dulu.

Saya mempunyai kawan yang tinggal diMalaysia tetapi sebenarnya dia adalah arkitek untuk sebuah syarikat terkenal di UK.

Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ni di Malaysia. Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi tidak ada lagi.

Banyak kos boleh dan tenaga boleh dijimatkan. Tak perlu bersesak-sesak untuk ke pejabat jam lapan. Perkara yang penting adalah anda perlu siapkan kerja anda.

Saya sangat berminat dengan perkara ini. Saya telah membuat research lebih setahun tentang kerjaya " kerja dari rumah ".

Saya mendapati lebih 50% generasi Y telah berpendapatan lebih 2 kali ganda dari gaji sebenar jika dia bekerja diluar.

Saya telah setup pejabat kecil saya dirumah lebih 10 tahun lalu. Siapa nak tahu 10 tip kerja dari rumah ?.

============================
10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah
============================

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit masuk.
.
.

workstation at home
Gambar ihsan ; google
Simple workstation..memerlukan ruang juga ni...

workstation at home
Gambar ihsan ; google
Kalau gini..macam sesuai untuk rumah saya.. dengan ketiadaan ruang
yang besar..dan anak-anak pun tidak akan mengganggu barang-barang
yang berada di workstation ini..
errmmm....idea menarik!! hihih


2. Bekerja mengikut waktu.

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap. 
.
.
3. Hubungan dengan kerja secara berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda. 
.
.

4. Ambil masa rehat

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat. 
.
.

5. Jangan dibersihkan.

Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah... 
.
.

6. Disiplin

Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya. 
.
.

7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu

tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya. 
.
.

===================
8. Buat kerja secara rutin 
===================

1. Bangan tidur, 
2. ersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
.
.

9. Buat kerja anda.

Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni. 
.
.

10.Stay professional

Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.

Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. saya selalu ingat mak pesan " beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ". sebab tu saya minta banyak like.

share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya menjadi saham bagi saya.

saya tahu ...buat baik bukan tentu dapat pahala. tapi mak pesan " bersabar dan teruskan ".


Errrmmm...impian untuk semua orang kan??..
IMPIAN SAYA JUGA!!!... ;)

Tentulah..terasa nak duduk rumah jek.. anak di depan mata.. rumahtangga boleh diuruskan..dan juga ada sesuatu "kerja" yang kita buat untuk mendapatkan hasilnya!!...janji kena disiplin mengikut jadual..sepertimana orang di pejabat... ;)

ok sekian tips hari ini...terima kasih kerana sudi membaca....
moga impian kita semua akan tercapai jua..in shaa allah...


Salam sayang;
Elly Khalid

Thursday 27 August 2015

SHAKLEE MLM BEST DAN ADIL


Yes!!!....HAMPIR tak percayalah..saya masih setia bersama SHAKLEE!!

huh..kalau dulu sebut MLM ...errmm..perasaan negatif mula menerawang dalam diriku!!!

Tapi...tidak dengan SHAKLEE!!

BEZA AMAT-AMAT!

>> YURAN KEAHLIAN?
Murah bebenor... tak la sampai kena buat loan...
RM80.00 SEUMUR HIDUP!!!

Kalau nak FREE MEMBERSHIP...ada caranya!.. dan dengan kelayakan FREE MEMBERSHIP ni..dapatlah "BONUS" next month nya..

>> GROUP COACHING BEST!!
tak sangka!!..
mudahnya berbisnes SHAKLEE..

tapi JANJI KENA KUAT SEMANGAT dan kena bertindak LUAR BIASA laaa...
Tips nak BERJAYA JADI JUTAWAN semuanya disediakan.. hanya terpulang pada kempunya diri..KAU NAK BUAT...ATAU KAU NAK DUDUK JE DIAM SITU???

Mentor yang hebat!.. dah pun ada MODEL MENTOR yang telah berjaya dapat 5-6-7 angka dalam sebulan..berbulan-bulan!!..

>> AMALAN ROHANI DITEKANKAN!!
Alhamdulillah...saya sekarang lebih bahagia tenang dengan kehidupan yang ada matlamat dunia akhirat...hendak berniaga dalam menegakkan agama Islam...menjauhi Riba, Hutang.. nak setelkan hutang piutang yang ada niiii... baru lah tak terasa terbeban... ;)

Kalau tak join grup JUTAWAN SHAKLEE ni..serius, saya seorang yang selalu bernegatif...dan juga nak memulakan amalan-amalan rohani tu pun...rasa macam payah sangat!..

Tapi, grup kami memang menerapkan amalan rohani ini...seiring laa...KAYA JIWA..KAYA HARTA..kan?

SHAKLEE MLM BEST
Saya bersama award yang diterima...
replika kunci kereta..tanda saya mendapat
"CAR BONUS" dalam bentuk CASH setiap bulan!!

>> CASH BONUS!!
Tiap bulan masuk bonus!!..
Tiap tengah bulan pulak tuh..

waaahhh..orang lain sume tengah bulan, meraba....
tapi kami pengedar SHAKLEE?.. tersenyum syukur...alhamdulillah...

>> CAR BONUS!!
Tak dapat kereta...
tapi dapat dalam bentuk CASH RM...setiap bulan tauuuu....

SERONOK weh..kalau tak nak beli kereta..duit tu boleh simpan untuk beli rumah ke..bayar hutang ke..pergi holiday ke,,,

>> BONUS MACAM-MACAM!!
Alhamdulillah, pelan marketing SHAKLEE adil dan saksama!!..
siapa yang buat lebih, dia dapat!
siapa yang tak buat??.. tak dapatlah apa-apa!!..

tiada istilah UPLINE GOYANG KAKI!!..

>> TRIP FREE 6 STAR!!
Woww....syok!!.. dah dapat tiket UMRAH/ISTANBUL,,,berikan pada suami...
tahun ni...ITALI...saya berikan pada mama saya...
syiok tau... dilayan VVIP..hotel 6 star!!.. peergghhh...

SHAKLEE MLM BEST
Saya pilih ITALI...

ALHAMDULILLAH...kerana itulah saya masih bertahan...dan sayangkan empayar SHAKLEE saya!!..

Empayar saya sedang berkembang pesat!!...
Gelaran mommy, nanny, moyang..sume dah ada dah...hihihi...


SHAKLEE MLM BEST
Keluarga saya adalah penyokong terhebat saya!!!

JOM SERTAI ELEGANT MILLIONAIRE CASTLE (EMC)!!
Hubungi Elly sekarang untuk mengetahui lebih lanjut...
in shaa allah...Elly bantu dan guide anda... ;)

    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid

KULIT BERMASALAH?

Jawapan anda??...
YA? ok... teruskan pembacaan anda...

KAREN E.Burke dari Mount Sinai School of Medicine's department of dematology mencadangkan, mengambil makanan tambahan yang mengandungi;

√ 1,000 - 3,000 mg Vitamin C 
√ 400iu Vitamin E (dalam bentuk D-alpha tocopherol), 
√ 100-200mcg selenium (I-selenomethionine)

untuk mendapatkan faedah paling banyak bagi memperbaiki kulit anda!!

Gabungan Vitamin C, E + selenium membantu melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan kanser kulit. Klik di sini untuk mengetahui lebih banyak kebaikan Vit C dan E ini...


VIT C, VIT E SHAKLEE KULIT CANTIK


Dan gabungan terbaik itu boleh menterbalikkan beberapa perubahan warna dan kedutan yang berkaitan dengan penuaan.

Antioksidan bekerja dengan mempercepatkan sistem pembaikan semulajadi kulit dan secara tak langsung menghalang kerosakan yang lebih teruk!!

VIT C SHAKLEE, mempunyai 525mg kandungan vitamin c nya.

VIT E SHAKLEE pula sememangnya mempunyai:
>> Vitamin E (d-alpha tocopherol) sebanyak 400iu dan
>> SELENIUM sebanyak 65 mcg.

Haaa..apa lagi?? jom buat kiraan, berapa biji keperluan kita untuk sehari?....

Saya ada formula untuk keperluan Vitamin C.
Keperluannya mengikut berat badan (kg) anda tau...

BERMINAT NAK TAHU??..klik di sini

Terima kasih kerana sudi membaca...
Jika anda adalah seorang yang mengalami kulit bermasalah...anda berminat??
Boleh hubungi saya untuk info yang lebih detaisl...aturan dan tips akan diberikan..terbaikkk...

    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid

Wednesday 26 August 2015

SAKIT JANTUNG ~ JANGAN DIPANDANG REMEH...

Abah saya mengalami sakit jantung... errmmm... masih menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN)... 

Abah memang suka makan gulai lemak cili padi.. yolahhh..orang Nogori kannn..haruslah itu menjadi satu kewajiban menunya... hihihihi... ;)

Anyway..masa muda tak nampak la kan..
Tapi bila usia meningkat...oppsss...

Bila abah membuat check body, saja je sebenarnya masa tu..nak tengok tahap kesihatan badannya.. alamak!!.sekali result??..
Tahap kolesterol tinggi..dan ada simptom pada JANTUNG..ada saluran tersumbat di jantungnya...

Allahuakbar... masa tu...hanya mampu doa yang terbaik buat abah...
dan semasa di IJN...rawatan angiogram telah dilakukan...ada dalam 2-3 saluran yang tersumbat... banyak sangat kolesterol tersumbat...kena letak besi bagi membolehkan darah mengalir dengan sempurna.. sebab katanya, saluran darah ke jantung abah dah sempit..disebabkan kolesterol penuh...

Itulah sebabnya, jantung tak boleh berfungsi dengan sempurna.. boleh terjadi juga serangan jantung secara tiba-tiba...
nampak luaran sihat je kannnn... tapi kita tak tahu tahap kesihatan organ penting dalaman kita macam mana...

Dan abah pernah jatuh dalam toilet seorang diri...pengsan..huhuhuhu... terkena serangan jantung...
errmmm..ribut melanda jiwaku masa tu..hati tak tenang..masa tu kat ofis...

Masa abah terima rawatan IJN tu..saya masih belum mengenali SHAKLE...
Sehinggalah saya telah menjadi Pengedar Shaklee yang sah.,,maka saya syorkan pada abah..untuk makan juga Shaklee di samping ubatan yang dibekalkan dari IJN....

Hasilnya..alhamdulillah...abah konsisten mengambil Shaklee, memang ada healing crisis yang melanda diri abah..tapi saya katakan..banyakkan bersabar dan banyakkan minum air masak..tu proses healing..nak buangkan toksin dalam badan tuuuu...

Alhamdulillah...syukur..hasil konsisten, pabila check up di IJN..reportnya semua CANTIK!!.. Doktor memuji result abah... syukur..syukur..syukur... nampak perbezaan resultnya sebelum dan selepas mengambil SHAKLEE..

Dengan izinNYA juga kan..kita hanya mampu berusaha....di samping ubatan dari hospital tuuu...
huh..kalau tengok bakul ubatnya..adoi..selonggok!!!...

Errrmmm..jom kita lihat pula...
APA KAITAN JANTUNG DENGAN KEPERLUAN OMEGA-3 daripada OMEGA GUARD SHAKLEE?

OMEGA GUARD SAKIT JANTUNG



1. Melindungi Jantung
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

2. Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Hargailah kesihatan anda selagi masih sihat...jangan ditunggu pabila sudah sakit..baru nak mencari rawatannya...

Ingatan untuk diri saya juga..huuhhuu...sebab saya pun jenis yang suka makan masakan lemak cili padi... adoiiilaaa haaiii... so far, check body hari tu...alhamdulillah ..organ penting dalaman saya bebas dari lemak/kolesterol... ;)

Rajin-rajinkan diri untuk buat pemeriksaan body ye...jangan ingat luaran nampak sihat.... dalaman pun sama sihat...

Terima kasih kerana membaca...moga sama-sama beringat...
Jaga diri..jaga kesihatan..
Inginkan sesuatu yang terbaik untuk JANTUNG anda??..
Boleh hubungi Elly sekarang... ;)

    ELLY 0192221610
    SID: 914472
    COD: PUTRAJAYA, NILAI, SALAK TINGGI

    Emel: syamelly29@gmail.com


    Salam sayang;
    Elly Khalid

34 TIPS PARENTING

TIPS DIPETIK DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH YANG DISERTAI OLEH AHLI PERSATUAN KAKITANGAN ISLAM JOHOR PADA 20.02.2010

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-; 
· Sebelum tidur 
· Semasa tidur 
· Selepas tidur 
· Selepas riadah 
· Selepas solat 
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi).


tips parenting
Anak-anak saya, harta yang dipinjamkan sementara...
Amanah Allah untuk kami membentuknya...

Moga dengan perkongsian ini, memberi manfaat pada semua ibu/ayah. Perkongsian ini juga sebagai ingatan dan muhasabah diri untuk kami (suami/isteri) yang masih serba kekurangan...

Masih dalam proses ISLAH ke arah membentuk keluarga yang bahagia, harmoni di sisi Allah..
in shaa allah...





Back To Top