I LOVE TO SHARE MY TRUE LIFE, TRUE LOVE, TRUE MOTIVATIONAL, INSPIRATIONAL, TRUE HEALTH, TRUE BEAUTY WITH THE TRUE NATURAL SUPPLEMENTS..
WELCOME HERE AND THANK YOU FOR VISITING SUPERBGOJES.BLOGSPOT.COM

Wednesday 9 September 2015

KONSEP PUASA

Assalammualaikum semua...

PUASA??....
Apa yang anda faham tentang KONSEP PUASA??

Ø Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah dalam Islam, orang yang berpuasa juga dikehendaki:

a) meninggalkan semua perkara yang boleh membatalkan puasa,

b) meninggalkan perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, mencaci, menipu dan sebagainya.

Ø Dalam bahasa Arab, puasa disebut sebagai “as-Siam”, yang bermaksud menahan.

Ø Puasa Ramadan pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat pada malam hari.

Itu adalah pemahaman kita semua kan??.. konsep PUASA hanya digunakan untuk dalam jangka masa sebulan sahaja...
Tetapi sebenarnya KONSEP PUASA ni luas tau...dan perlu digunakan di dalam kehidupan seharian kita sehingga kita mati ..... ~>> "PUASA NAFSU"

>> PUASA DARI BERKATA-KATA YANG LAGHO
>> PUASA DARI BERKATA-BERKATA MELAWAN BALIK CAKAP ORANG
>> PUASA DARI SHOPPING MELEBIHI KEMAMPUAN



Inilah KONSEP PUASA dari sudut yang lain..
MENAHAN DIRI dari berkata-kata...melawan kata.. ;)



Peringatan juga buat saya yang tidak sempurna ni...
Muhasabah diri sendiri adalah lebih baik daripada kita cuba memuhasabahkan diri orang lain...
Salahkan diri sendiri dahulu, sebelum menyalahkan orang lain...

Sesungguhnya Allah menjadikan semua ini, berasbab.... atas kekhilafan kita yang dahulu...

Salam sayang;
Elly Khalid



2 comments:

  1. bab menjaga lidah dan hati tu memang berat... :(

    thanks for sharing this...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...memang berat...pd awalnya... tp klu dah terbiasa...lama2 akan biasa..
      nk mulakan yg tak biasa tu...mmg payah...
      mmg rasa mcm geram je nak jawab..nk balas kannn...tapi..LIDAH ni sekali berkata dalam keadaan MARAH..boleh mengakibatkan pelbagai situasi...

      so, lebih baik DIAM...dan ISTIGFAR...bila kita diam/puasa dari berkata2 gitu, Malaikat ada sebelah kita...
      tapi, bila kita mula nak melawan..nak berkata2 yang langho.. Malaikat lari, Syaitan pula yang berada di sebelah kita...

      huhuuhhuuh....

      Delete

Back To Top